8 Februari 2012 adalah tarikh rasminya pelantikan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar Politeknik Kota Kinabalu.
Watikah Pelantikan JawatanKuasa Perwakilan Pelajar Politeknik Kota Kinabalu ini telah dirasmikan oleh Pengarah Politeknik Kota Kinabalu iaitu Tuan Haji Wan Mohamad Nasir bin Wan Abdul Rahman.
Seramai 31 orang pelajar JPP telah dilantik pada hari tersebut. Watikah Pelantikan ini berjalan selama lebih kurang 2 jam yang disaksikan oleh ketua-ketua Jabatan dan bahagian Pengurusan Politeknik Kota Kinabalu, Sabah.
No comments:
Post a Comment